Pendahuluan

Selamat Datang Ke Laman Blog Kadet Remaja Sekolah Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam 1 Malaysia. Pengunjung yang dihormati sekalian, laman ini saya bangunkan atas inesiatif saya sendiri yang ingin berkongsi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dalam dunia Kadet Remaja Sekolah (KRS) yang saya telah ceburi sejak saya bersekolah lagi.
Diharapkan tuan-tuan dan puan-puan akan dapat memberikan sokongan terhadap laman ini dengan menjadi Follower blog ini. Tuan-tuan dan puan-puan boleh menyumbangkan apa sahaja yang dirasakan bermanfaat untuk dikongsikan. Saya juga berharap kemudahan ini tidak disalahgunakan dengan menyebarkan dakyah yang tidak berkaitan dengan KRS.
Sekian, wassalam.///

Sunday, May 8, 2011

Perkhemahan Perdana KRS Peringkat Negeri Sabah

Tarikh : 03 - 06 Mei 2011
Tempat : SMK Tinusa, Sandakan

KRS SMK Desa Kencana telah menghantar 2 orang pelajar menyertai Perkhemahan Perdana KRS Peringkat Ngeri di SMK Tinusa, Sandakan. Seorang kadet putera dan seorang kadet puteri. Pelajar tersebut adalah seperti berikut:
  1. Kharil Sharil Bin Muhamad (5 Nicol)
  2. Noor Hasimah Binti Suharani 5 Nicol)
Dalam perkhemahan tersebut, kumpulan dibentuk secara integrasi. Walau bagaimanapun, kedua-dua pelajar ini telah diletakkan dalam satu kumpulan yang sama. Pekhemahan yang berlangsung selama 4 hari 3 malam ini telah disertai oleh 163 orang pelajar dan 16 orang guru pengiring. Terdapat 7 aktiviti yang dipertandingkan iaitu :
  1. Bantu Mula
  2. Tali Temali
  3. Orientering / Pandu Arah
  4. Persembahan Kebudayaan
  5. Kawat Kaki
  6. Jalan Lasak
  7. Masakan Rima
Hasil Masakan Rimba (tanpa menggunakan api)

Persembahan Kebudayaan

Pelajar dikumpulkan didalam dewan kerana hujan turun dengan sangat lebat

Aktiviti Tali temali

Aktiviti Bantu mula (balutan kaki menggunakan kain anduh)

Pelajar basah kuyup di malam pertama

No comments:

Post a Comment