Pendahuluan

Selamat Datang Ke Laman Blog Kadet Remaja Sekolah Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam 1 Malaysia. Pengunjung yang dihormati sekalian, laman ini saya bangunkan atas inesiatif saya sendiri yang ingin berkongsi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dalam dunia Kadet Remaja Sekolah (KRS) yang saya telah ceburi sejak saya bersekolah lagi.
Diharapkan tuan-tuan dan puan-puan akan dapat memberikan sokongan terhadap laman ini dengan menjadi Follower blog ini. Tuan-tuan dan puan-puan boleh menyumbangkan apa sahaja yang dirasakan bermanfaat untuk dikongsikan. Saya juga berharap kemudahan ini tidak disalahgunakan dengan menyebarkan dakyah yang tidak berkaitan dengan KRS.
Sekian, wassalam.///

Sunday, May 8, 2011

Khemah dan Gadget

Tarikh : 04 Mei 2011
Masa : 2.300 - 5.00 petang
Kehadiran :


Objektif :
  1. Pelajar dapat membina gadget perkhemahan
  2. Pelajar dapat belajar mengikat gadget dengan betul dan kemas
Aktiviti
  1. Pelajar dibahagikan kepada 3 kumpulan
  2. Pelajar diajar cara mengikt gadget
  3. Pelajar membina model gadget seperti yang ditunjukkan

Perkhemahan Perdana KRS Peringkat Negeri Sabah

Tarikh : 03 - 06 Mei 2011
Tempat : SMK Tinusa, Sandakan

KRS SMK Desa Kencana telah menghantar 2 orang pelajar menyertai Perkhemahan Perdana KRS Peringkat Ngeri di SMK Tinusa, Sandakan. Seorang kadet putera dan seorang kadet puteri. Pelajar tersebut adalah seperti berikut:
  1. Kharil Sharil Bin Muhamad (5 Nicol)
  2. Noor Hasimah Binti Suharani 5 Nicol)
Dalam perkhemahan tersebut, kumpulan dibentuk secara integrasi. Walau bagaimanapun, kedua-dua pelajar ini telah diletakkan dalam satu kumpulan yang sama. Pekhemahan yang berlangsung selama 4 hari 3 malam ini telah disertai oleh 163 orang pelajar dan 16 orang guru pengiring. Terdapat 7 aktiviti yang dipertandingkan iaitu :
  1. Bantu Mula
  2. Tali Temali
  3. Orientering / Pandu Arah
  4. Persembahan Kebudayaan
  5. Kawat Kaki
  6. Jalan Lasak
  7. Masakan Rima
Hasil Masakan Rimba (tanpa menggunakan api)

Persembahan Kebudayaan

Pelajar dikumpulkan didalam dewan kerana hujan turun dengan sangat lebat

Aktiviti Tali temali

Aktiviti Bantu mula (balutan kaki menggunakan kain anduh)

Pelajar basah kuyup di malam pertama

Asas Kawat Kaki

Tarikh :
Masa : 2.30 - 5.00 petang
Kehadiran :

Objektif :
  1. Pelajar dapat melakukan asas kawat statik dan dinamik
  2. Memupuk semangat kerjasama dikalangan pelajar
Aktiviti
  1. Pelajar ditunjukkan cara kawat statik dan kawat dinamik yang betul
  2. Pelajar melakukan latihan kawat statik dan kawat dinamik
  3. Pelajar diuji melakukan kawat statik dan kawat dinamik
Aktiviti dilakukan dalan 1 kumpulan besar. Semua pelajar belajar bersama-sama. Sesi ujian dilakukan secara bertiga-tiga. Semua asas kawat yang diajarkan telah diuji.



Ikatan dan Simpulan

Tarikh :
Masa : 3.00 - 5.00 petang
Kehadiran :

Objektif:
  1. Pelajar dapat mempelajari 10 jenis ikatan dan simpulan
  2. Memupuk sengat kerjasam dalam kumpulan
Aktiviti
  1. Pelajar belajar 10 jenis ikatan dan simpulan
  2. Setiap pelajar diuji membuat ikatan dan simpulan yang dipilih secara rawak
Aktiviti dilakukan dalam kumpulan dan dilaksanakan dalam bentuk pertandingan. Terdapat 4 kumpulan yang dibentuk dan kumpulan 1 telah menjadi johan dalam pertandingan tersebut.





Organisasi KRS Sesi Pagi 2011

Pengerusi
Nama Pengerusi

Naib Pengerusi
Namanya

Setiausaha

Bendahari

AJK Tingkatan 3
AJK Tingkatan 4
AJK Tingkatan 5

Saturday, January 22, 2011

Pendahuluan

Syukur alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurnianya, akhirnya saya berjaya menerbitkan satu laman blog khas untuk Kadet Remaja Sekolah (KRS). Tahun 2011 merupakan tahun permulaan saya membangunkan laman ini. Ia kesinambungan dari laman web KRS Malaysia (www.krs.com.my) yang telah ditamatkan perkhidmatannya kerana tidak mampu untuk menanggun kos penyelengaraannya. Jadi, saya akan menggunakan kemudahan percuma untuk meneruskan usaha mengembangkan KRS.

Kepada para pengunjung yang ingin bersama-sama saya berkongsi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dalam KRS, bolehlah menjadi follower laman ini dan menyumbangkan apa sahaja yang dirasakan boleh memberi manfaat kepada kita semua. Adalah menjadi harapan saya agar laman ini akan menjadi platform utama dalam menyatukan semua KRS Malaysia.

Sekian, wassalam.///