Pendahuluan

Selamat Datang Ke Laman Blog Kadet Remaja Sekolah Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam 1 Malaysia. Pengunjung yang dihormati sekalian, laman ini saya bangunkan atas inesiatif saya sendiri yang ingin berkongsi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dalam dunia Kadet Remaja Sekolah (KRS) yang saya telah ceburi sejak saya bersekolah lagi.
Diharapkan tuan-tuan dan puan-puan akan dapat memberikan sokongan terhadap laman ini dengan menjadi Follower blog ini. Tuan-tuan dan puan-puan boleh menyumbangkan apa sahaja yang dirasakan bermanfaat untuk dikongsikan. Saya juga berharap kemudahan ini tidak disalahgunakan dengan menyebarkan dakyah yang tidak berkaitan dengan KRS.
Sekian, wassalam.///

Saturday, January 22, 2011

Pendahuluan

Syukur alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurnianya, akhirnya saya berjaya menerbitkan satu laman blog khas untuk Kadet Remaja Sekolah (KRS). Tahun 2011 merupakan tahun permulaan saya membangunkan laman ini. Ia kesinambungan dari laman web KRS Malaysia (www.krs.com.my) yang telah ditamatkan perkhidmatannya kerana tidak mampu untuk menanggun kos penyelengaraannya. Jadi, saya akan menggunakan kemudahan percuma untuk meneruskan usaha mengembangkan KRS.

Kepada para pengunjung yang ingin bersama-sama saya berkongsi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dalam KRS, bolehlah menjadi follower laman ini dan menyumbangkan apa sahaja yang dirasakan boleh memberi manfaat kepada kita semua. Adalah menjadi harapan saya agar laman ini akan menjadi platform utama dalam menyatukan semua KRS Malaysia.

Sekian, wassalam.///